Program Advokasi Sempena Cuti Sekolah

Laporan Aktiviti | July 11, 2017

PI1M SUKAU

LAPORAN JUN 2017

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA CUTI SEKOLAH

 

Seramai 34 peserta dikalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang mengikuti program advokasi ini. Para peserta diberi pendedahan advokasi yakni klik dengan bijak iaitu berkaitan kesedaran dan penggunaan internet secara bijak khususnya bagi menghindari   kes penipuan internet ‘lovescam’  sesuai dengan faktor umur para remaja ini yang penuh pancaroba dan dugaan di dunia nyata maupun di alam maya.

Sehubungan itu, program diteruskan dengan memberi pendedahan dan contoh-contoh kes penipuan di internet. Para peserta diperkenalkan dengan modul yang memberikan mereka pengetahuan penggunaan yang bijak dalam melayari media sosial di zaman moden ini.

Diharap dengan adanya program di kalangan pelajar ini maka akan lebih mematangkan para pelajar dan lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial.