PI1M SUKAU
LAPORAN MEI 2017
PROGRAM ADVOKASI & MULTIMEDIA (ASAS ADOBE PHOTOSOP)
Seramai 15 orang remaja menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah SMK Sukau. Para peserta diberi pendedahan advokasi yakni klik dengan bijak iaitu berkaitan kesedaran dan penggunaan internet secara bijak khususnya bagi menghindari kes penipuan internet ‘lovescam’ sesuai dengan faktor umur para remaja ini yang penuh pancaroba dan dugaan di dunia nyata maupun di alam maya.
Sehubungan itu, program diteruskan dengan program multimedia iaitu berkaitan asas adobe photosop. Para peserta diperkenalkan dengan modul yang memberikan mereka ruang untuk lebih kreatif dan kritis.
Diharap dengan adanya program di kalangan remaja ini maka akan lebih mematangkan para remaja dan hidup lebih berkeyakinan dan lebih kreatif.