PROGRAM ADVOKASI & LATIHAN KEUSAHAWANAN

Laporan Aktiviti | June 1, 2017

LAPORAN AKTIVITI

PI1M SUKAU

LAPORAN MEI 2017

PROGRAM ADVOKASI & LATIHAN KEUSAHAWANAN

 

Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada usahawan/peniga/penjaja menyertai program ini.  Program ini merupakan anjuran Pi1M Sukau dengan usahasama  Akademi Intan Bandaraya.

Antara pengisian program ini adalah berkenaan program advokasi iaitu berkaitan kesedaran penggunaan internet  terhadap umum khususnya peniaga. Mengenali kes-kes jenayah siber seperti penipuan online, phising dan sebagainya.

Kursus Pengendalian makanan adalah bagi menggalakkan  dan mengembangkan pengetahuan dan maklumat kebersihan dan sekelamatan makanan melalui seminar dan kursus serta memberikan khidmat perundingan secara mampan, cekap dan bertanggungjawab.

Manakala bagi bengkel prosedur pensijilan halal, peserta  diberi pendedahan tentang industri halal dan potensinya di pasaran dunia,  memahami konsep, prinsip dan hubungan produk halal dengan Maqasid Shariahm Memahami sistem pensijilan halal sperti perundangan, standard, manual prosedur, proses pensijilan dan memahami cara pengauditan produk halal.

Dengan adanya program ini diharap para usahawan/peniaga/penaja sentiasa berhati-hati dalam mejalankan perniagaan atas talian dan lebih mahir dalam pengetahuan berkaitan akta perundangan makanan.