mcmc
Laporan Aktiviti

Kursus Bijak ICT & Dashboard (Microssoft Office-Ms Word)

PI1M SUKAU

LAPORAN MAC 2017

Kursus Bijak ICT & Dashboard (Microssoft Office-Ms Word)

 

Seramai  25 orang peserta yang menyertai kursus ini yang di anjurkan oleh PI1M Sukau sendiri. Kursus ini diadakan 11hb mac 2017(Sabtu) bertempat di PI1M Sukau. Para peserta diberi pengenalan kepada Asas Microsoft Office (Ms Word) Kursus ini dapat meningkatkan tahap keyakinan para peserta terhadap kemahiran ICT yang diterima dengan itu juga para peserta tahu kepentingan Microsoft Office Word dalam menulis surat mahupun resume untuk para peserta yang ingin memohon pekerjaan.

Selain itu, para peserta dapat menambahkan lagi pengetahuaan dan minat dalam penggunaan ICT dan dapat melahirkan komuniti yang bijak IT. Dengan adanya kursus ini juga selain mengetahui kepentingan ICT, para peserta juga dapat pendekatan kepada komunitii setempat dan komuniti kampung lain ini kerana para peserta yang mengikuti kursus ini bukan sahaja dari penduduk kampung sukau tapi daripada penduduk kampung lain yang berhampiran.

Semoga dengan adanya kursus sebegini di kalangan kamuniti kampung dapatlah lagi menambahkan minat dan kecintaan dalam diri mengenai ICT dan mendekatkan lagi komuniti dengan PI1M.