PERNIAGAAN PENGINAPAN PELANCONGAN (SUKAU B&B)
| Nama | : SHUAIREY BIN ESRI |
| Umur | : 29 tahun |
| Ahli | : 2008 |
Latar belakang
Sukau Bed & Breakfast (B&B) di buka dan beroperasi pada tahun 2004 dan pada masa itu hanya menerima tempahan melalui panggilan telefon dan menyimpan risalah-risalah di hotel-hotel di kawasan Bandar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan. Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet Sukau perniagaan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perniagaan di media social seperti facebok, aplikasi whatsapp dan aplikasi myshop dashboard komuniti.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Dengan adanya perkhidmatan jalur lebar pusat internet dan tunjuk ajar petugas, Sukau B&B mula mengorak langkah dengan membuat promosi-promosi melalui internet. Dan semakin ramai pelancong dalam dan luar Negara mengenali Kg Sukau khususnya Sukau B&B. Kini pendapatan beliau mencecah sehingga RM6,000 sebulan.

