KEUSAHAWANAN Q4 – ROHAMAH BINTI EM EDERIS

Kisah Kejayaan | December 18, 2022

PERNIAGAAN GERAI MAKAN

 Nama ROHAMAH BINTI EM EDERIS
 Umur  64 Tahun
 Ahli  2022

Latar belakang

Seorang surirumah yang gigih berusaha untuk membantu keluarga. Atas sokongan keluarga, beliau cuba berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian platform whatsapp di sekitar kampung , menjual apa sahaja yang boleh mendapatkan kewangan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan. Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet Sukau perniagaan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perniagaan di media social seperti aplikasi whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan adanya perkhidmatan jalur lebar pusat internet dan tunjuk ajar petugas, perniagaan Puan Roslianah mula mengorak langkah dengan membuat promosi-promosi dalam talian seperti dalam ‘group-group whatsapp’ dan semakin ramai pelanggan mendapatkan mula mengenali dan membeli jualan beliau disamping mendapat tempahan untuk majlis-majlis keraihan. Pendapatan beliau mencecah sehingga RM2000 sebulan.