mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q3 2021 – IMANULA TAN

PERNIAGAAN BAKERY

 Nama Imanula Tan
 Umur  43 Tahun
 Ahli  2010

Latar Belakang

Seorang pemuda yang pada asalnya bekerja sebagai tukang masak di sebuah agaensi pelancongan di Kampung Sukau namun telah terjejas kerana diberhentikan sementera oleh majikan akibat daripada masalah pandemic covid19 yang telah melanda seluruh dunia. Berbekalkan modal hasil simpanan tabung, beliau mula berjinak-jinak dalam perniagaan bakery dengan memfokuskan jualan kek

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM350 sahaja sebulan.  Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet Sukau  perniagaan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perniagaan di media social seperti  aplikasi whatsapp dan facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan adanya perkhidmatan jalur lebar pusat internet dan tunjuk ajar petugas, perniagaan encik Imanula mula mengorak langkah dengan membuat promosi-promosi  dalam talian seperti dalam ‘group-group whatsapp’ dan semakin ramai pelanggan mendapatkan mula mengenali dan membeli jualan beliau disamping mendapat tempahan untuk majlis-majlis keraihan. Pendapatan beliau mencecah sehingga RM1500 sebulan.