mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q2 2020 – HORHAINI ANAS

Perniagaan kitchen ware (barangan peralatan dapur)

 Nama  Norhaini binti Anas
 Umur  31 Tahun
 Ahli  2017

Latar belakang:

Merupakan  seorang surirumahtangga yang mencuba nasib dalam perniagaan menjual peralatan dapur secara online dan bergerak dari rumah ke rumah. Atas sokongan keluarga dan rakan-rakan maka bermula lah perniagaan beliau secara kecil-kecilan

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM400 sahaja sebulan.  Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet Sukau  perniagaan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perniagaan di media social seperti  facebok, aplikasi whatsapp dan aplikasi myshop dashboard komuniti

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Sukau, beliau kini telah memiliki akaun whatsapp sendiri yang dapat mempromosikan jualan beliau. Beliau sentiasa mendapat tempahan terutamanya daripada komuniti kampung. Hanya dengan menggunakan telefon pintar yang di anjurkan oleh petugas pusat internet dan menggunakan aplikasi whatsapp dan myshop maka produk beliau ini dapat diketengahkan kepada orang awam. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM1000

.