KEUSAHAWANAN Q1 2021 – HANIMAH BAKRI
Perniagaan atas talian
| Nama | Hanimah Bakri |
| Umur | 37 Tahun |
| Ahli | 2013 |
Latar belakang
Merupakan seorang surirumah tangga yang mencuba nasib dalam perniagaan dropship secara online dan bergerak dari rumah ke rumah. Atas sokongan keluarga dan rakan-rakan maka bermula lah perniagaan beliau secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet Sukau perniagaan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perniagaan di media social seperti facebok, aplikasi whatsapp dan aplikasi myshop dashboard komuniti.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Sukau, beliau kini telah memiliki akaun whatsapp sendiri yang dapat mempromosikan jualan beliau. Beliau sentiasa mendapat tempahan terutamanya daripada komuniti kampung. Hanya dengan menggunakan telefon pintar yang di anjurkan oleh petugas pusat internet dan menggunakan aplikasi whatsapp dan myshop maka produk beliau ini dapat diketengahkan kepada orang awam. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM1000