Perniagaan tatarias solekan
| Nama | Surianti binti indal |
| Umur | 47 Tahun |
| Ahli | 2009 |
Latar belakang:
Merupakan seorang ibu yang yang mencuba nasib dalam perniagaan tatarias solekan .. Atas sokongan keluarga dan rakan-rakan maka bermula lah perniagaan beliau secara kecil-kecilan. Sebelum ini hanya membuat solekan untuk ahli keluarga sahaja dengan pendapatan lebih kurang RM150-RM200 sebulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM200 sahaja sebulan. Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet komuniti Sukau perniagaan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perniagaan di media social seperti facebok, aplikasi whatsapp dan aplikasi myshop dashboard komuniti.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet komuniti Sukau, beliau kini telah memiliki akaun whatsapp sendiri yang dapat mempromosikan khidmat beliau. Beliau sentiasa mendapat tempahan terutamanya daripada komuniti kampung. Hanya dengan menggunakan telefon pintar yang di anjurkan oleh petugas pusat internet komuniti dan menggunakan aplikasi whatsapp, facebook dan myshop maka produk beliau ini dapat diketengahkan kepada orang awam. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM800 – RM1500