mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q1 2019- KAMSIAH BINTI AWANG

Perniagaan Bakeri

Nama : KAMSIAH BINTI AWANG
Umur : 40 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang

Merupakan  seorang surirumahtangga yang mencuba nasib dalam perniagaan bakeri focus kepada pembuatan kek. Pada mulanya menjual makanan ringan . Atas sokongan keluarga dan pelanggan tegar maka bermula lah perniagaan bakeri beliau secara kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan.  Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet Sukau  perniaggan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perniagaan di media social seperti  facebok, aplikasi whatsapp dan aplikasi myshop dashboard komuniti. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Sukau, beliau kini telah memiliki akaun whatsapp sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau. Beliau sentiasa mendapat tempahan kek. Hanya dengan menggunakan telefon pintar yang di anjurkan oleh petugas pusat internet dan menggunakan aplikasi whatsapp dan myshop maka produk beliau ini dapat diketengahkan kepada orang awam. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM3000.