Keusahawanan 2026

Kisah Kejayaan | April 21, 2026

Nama: Qaseh binti Ramsah
Umur: 13 Tahun
Ahli 2025


Pada usia yang masih muda, iaitu 13 tahun, Qaseh binti Ramsah telah membuktikan bahawa semangat dan usaha mampu membawa kejayaan walaupun masih bergelar pelajar sekolah menengah tingkatan 1. Walaupun sibuk dengan pelajaran, Qaseh tetap meluangkan masa untuk mengasah bakat dan minatnya dalam bidang perniagaan kecil-kecilan.

Qaseh memiliki kemahiran menghasilkan kraftangan unik berupa keychain dengan pelbagai bentuk menarik hasil daripada kreativiti dan ketekunannya. Setiap keychain yang dihasilkan bukan sahaja cantik, malah mempunyai nilai seni yang tersendiri. Minatnya bermula daripada hobi kecil di rumah, namun berkat dorongan keluarga dan rakan-rakan, Qaseh berani melangkah lebih jauh.

Baru-baru ini, Qaseh telah menyertai Bazar Raya NADI di Sukau, sebuah platform yang menghimpunkan ramai usahawan kecil dan komuniti setempat. Di sana, keychain hasil tangannya mendapat perhatian ramai pengunjung. Ramai yang kagum melihat seorang pelajar muda mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan bernilai jualan. Kejayaan ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada Qaseh, malah menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk berani mencuba berniaga walaupun masih di bangku sekolah.

Kisah Qaseh membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk berjaya. Dengan semangat, kreativiti, dan keberanian, beliau telah menunjukkan contoh teladan bahawa setiap individu mampu mencapai kejayaan jika berusaha bersungguh-sungguh. Harapan Qaseh adalah agar lebih ramai pelajar sebayanya berani berkarya, berniaga, dan menjadikan minat sebagai jalan untuk membina masa depan yang cerah.