CELIK Q3 2021
| Nama | PN A. MASDA BINTI A.MASRI |
| Umur | 52 TAHUN |
| Ahli | 2010 |
Latar Belakang
Merupakan seorang suri rumah anak 5 yang berusaha memajukan diri dalam kemahiran digital kerana mengikut arus permodenan digital terutamanya dalam mengenal dan mempelajari penggunaan aplikasi viral seperti aplikasi whatsapp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Seorang yang kurang keyakinan diri dalam menggunakan peralatan computer dan gajet telefon pintar
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan ict yang dianjujrkan oleh Pusat Internet komuniti Sukau, beliau kini lebih berkeyakinan dalam menggunakan peralatan komputer. Istilah malu dan rendah diri kerana usia telah dibuang jauh dan beliau kini giat menggunakan komputer PIK Sukau untuk melayari internet terutamanya dalam melayari laman sosial facebook, aplikasi whatsapp dan youtobe bagi mengembangkan kemahiran beliau. Dan yang lebih penting mempromosi perniagaan homestay beliau. Kekurangan kemahiran dan usia bukan halangan bagi beliau dalam mendalami kemahiran penggunaan internet.