KEUSAHAWANAN Q3 2021 – AISYAH ASMARA

Kisah Kejayaan | September 24, 2021

PERNIAGAAN ONLINE (RESELLER)

 Nama Aisyah Asmara
 Umur  43 Tahun
 Ahli  2011

Latar Belakang

Seorang surirumah yang gigih berusaha untuk membantu keluarga. Suami beliau telah lama diberhentikan kerja. Atas sokongan keluarga,beliau cuba berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian , menjual apa sahaja yang boleh mendapatkan kewangan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 sahaja sebulan.  Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet Sukau  perniagaan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perniagaan di media social seperti  aplikasi whatsapp. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan adanya perkhidmatan jalur lebar pusat internet dan tunjuk ajar petugas, perniagaan puan Aisyah mula mengorak langkah dengan membuat promosi-promosi  dalam talian seperti dalam ‘group-group whatsapp’ dan semakin ramai pelanggan mendapatkan mula mengenali dan membeli jualan beliau disamping mendapat tempahan untuk majlis-majlis keraihan. Pendapatan beliau mencecah sehingga RM1000-1500 sebulan.

Seorang surirumah yang gigih berusaha untuk membantu keluarga. Suami beliau telah lama diberhentikan kerja. Atas sokongan keluarga, beliau cuba berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian , menjual apa sahaja yang boleh mendapatkan kewangan.