| Nama | : ROSJAI BIN TOP |
| Umur | : 45 tahun |
| Ahli | : 2009 |
Latar belakang
Merupakan seorang komuniti kampung yang tidak tahu menggunakan teknologi iT. Namun terdorong kerana beliau mengusaha perniagaan berbentuk warung makan kecil-kecilan dan mempromosi warung beliau melalui laman social seperti facebook, aplikasi dashboard komuniti dan whatsapp.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Seorang yang kurang keyakinan diri dalam menggunakan peralatan computer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan ict yang dianjujrkan oleh Pusat Internet Sukau, beliau kini lebih berkeyakinan dalam menggunakan peralatan komputer. Istilah malu dan rendah diri kerana usia telah dibuang jauh dan beliau kini giat menggunakan komputer Pusat Internet Sukau untuk melayari internet terutamanya dalam melayari laman sosial facebook, aplikasi whatsapp dan melihat laman-laman masakan bagi mengembangkan perniagaan beliau. Dan yang lebih penting mempromosi perniagaan warung beliau. Kekurangan kemahiran dan usia bukan halangan bagi beliau dalam mendalami kemahiran penggunaan internet.

