Keusahawanan 2025
Nama: Muhammad Khairul bin Kasmin
Umur: 28 Tahun
Ahli 2025
Latar Belakang
Peserta Muhammad Khairul bin Kasmin daripada program Mahir
Pertanian Pintar (Intake 1) kini telah berjaya membangunkan
ladang fertigasi tanaman cili di kawasan tempat tinggalnya.
Berbekalkan minat yang mendalam terhadap bidang pertanian
moden, beliau memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperoleh
sepanjang mengikuti kelas di bawah program NADI Sukau.
Antara kelas yang diikuti termasuk Pengenalan Asas Pertanian
Fertigasi, Asas Kesuburan Tanah, Pengurusan Kawalan
Serangga Perosak, Semaian Benih Terung, Pemasangan Smart
Watering Device, Keperluan Baja, Keperluan Asas Tanaman
dan Pembajaan, Kenali Serangga dan Makhluk Perosak, serta
Teknologi Lepas Tuai dan Pembungkusan.
Melalui pendedahan dalam kelas-kelas tersebut, Muhammad
Khairul kini mampu menguruskan ladang cili fertigasinya
dengan lebih sistematik, termasuk dalam aspek penyediaan
medium tanaman, pembajaan, kawalan serangga, dan
penggunaan sistem siraman automatik.
Kejayaan beliau menjadi bukti bahawa ilmu dan kemahiran
yang diperoleh melalui program Mahir Tani mampu diterapkan
secara praktikal bagi menjana pendapatan dan meningkatkan
taraf hidup peserta di kawasan luar bandar