LATIHAN KEUSAHAWANAN BAKERI

Laporan Aktiviti | May 19, 2017

P1IM SUKAU

LAPORAN AKTIVITI  APRIL 2017

KURSUS KEK GULUNG QASEH

 

Seramai 18 orang peserta menyertai sesi kelas keusahawanan bakeri yang di anjurkan oleh PI1M Sukau dengan usaha sama Syahriefa Enterprise Sukau. Kursus ini diadakan selama sehari pada 29hb April 2017 (Sabtu) bertempat di bilik latihan PI1M Sukau. Penyertaan amat menggalakkan bukan sahaja dari komuniti setempat mala turut di hadiri dari komuniti luar seperti dari Kg Bukit Garam, Kg Bilit, Kg Suan Lamba, Daerah Lahad Datu dan Daerah Beluran. 

Para peserta ini diberi latihan secara teori dan praktikal. Adanya kemahiran ini maka para peserta bolehlah mengeluarkan produk sendiri khususnya Kek Gulung mengikut kreativiti masing-masing dan secara tidak langsung terus menjadi usahawan bakeri dengan jayanya.