mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q3 2020 – APSAH SINYOR

Warung makan/minum & Katering

 Nama  Apsah Sinyor
 Umur  56 Tahun
 Ahli  2010

Latar belakang:

Seorang surirumah yang sangat berminat dalam bidang masakan. Mencuba membuka gerai makan / minum di hadapan rumah beliau bagi menambahkan pendapatan keluarga kerana suami telah berpencen. Tambahan lagi kawasan rumah beliau bersebelahan dengan sekolah menengah dan pejabat ladang felcra Sukau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 sahaja sebulan.  Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet Sukau  perniagaan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perniagaan di media social seperti  aplikasi whatsapp dan aplikasi myshop dashboard komuniti

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan adanya perkhidmatan jalur lebar pusat internet dan tunjuk ajar petugas, Sukau perniagaan maslina mula mengorak langkah dengan membuat promosi-promosi  melalui internet. Dan semakin ramai pelanggan mendapatkan sarapan pagi dari gerainaya. pendapatan beliau mencecah sehingga RM1500 sebulan