KEUSAHAWANAN Q4 2019 – AG. DAMIT BIN NALI

Kisah Kejayaan | December 28, 2019

PERKHIDMATAN PENGHANTAAN BERMOTOR

 Nama  Ag. Damit Bin Nali
 Umur  60 Tahun
 Ahli 2010

Latar belakang:

Merupakan  seorang warga emas berjiwa masyarakat yang suka membantu komuniti dalam apa saja keperluan tenaga. Seorang yang kuat berkerja. Mendapat ilham untuk menjalankan perkhidmatan penghantaran bermotor atas permintaan penduduk kampung sendiri. Penghantaran sekitar kampung sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan.  Namun dengan bantuan daripada petugas Pusat Internet Sukau  perkhidmatan beliau semakin dikenali dengan mengiklankan perkhidmatan beliau  di media social seperti  aplikasi whatsapp dan aplikasi myshop dashboard komuniti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Sukau, beliau kini telah memiliki akaun whatsapp sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Beliau sentiasa mendapat tempahan. Hanya dengan menggunakan telefon pintar yang di anjurkan oleh petugas pusat internet dan menggunakan aplikasi whatsapp dan myshop maka produk beliau ini dapat diketengahkan kepada orang awam. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 –RM600