CELIK IT Q4 2019 – ALMI TOP

Kisah Kejayaan | December 28, 2019

CELIK IT Q4 2019

 Nama  ALMI TOP
 Umur  45 TAHUN
 Ahli 2009

 

Latar belakang:

Merupakan  seorang  komuniti kampung yang tidak tahu menggunakan teknologi iT. Namun terdorong kerana beliau mengusaha perniagaan berbentuk warung makan kecil-kecilan dan mempromosi warung beliau melalui laman social seperti facebook, aplikasi dashboard komuniti dan whatsapp.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Seorang yang kurang keyakinan diri dalam menggunakan peralatan computer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan ict yang dianjujrkan oleh Pusat Internet Sukau, beliau kini lebih berkeyakinan dalam menggunakan peralatan komputer. Istilah malu dan rendah diri kerana usia telah dibuang jauh dan beliau kini giat menggunakan komputer Pusat Internet Sukau untuk melayari internet terutamanya dalam melayari laman sosial facebook, aplikasi whatsapp dan melihat laman-laman masakan bagi mengembangkan perniagaan beliau. Dan yang lebih penting mempromosi perniagaan warung beliau. Kekurangan kemahiran dan usia bukan halangan bagi beliau dalam mendalami kemahiran penggunaan internet.